Tuesday, June 16, 2009

cerita si selesema manusia...

ari nih aku demam selsema...
g sek pun rs x selesa..selsema kali nih mmg agak kronik laa...
smpai aku xleh tdo mlm td..nsb baik my hubby tlg sapu vicks..rs lega laa cket
klo x mmg aku bernafas ikut mulut laa
argghh...seksa btul..
aku tdo dlm terpakse...

pastu,bgn pg td..badan rs x larat
lenguh2,skt2 badan,batuk,bersin,sesak nafas bla bla bla
pendek kate mmg x selesa laa
aku kuatkan dr gak g sek
sbb ari nih nk kne amik markah exm bdk2..
so klu absent tu tertangguh la keje aku
kt sek plak asik marah2 jer
yg jd mangsa of course laa my students...
aku moody jer ari ni..bkn ape,sbb badan rs penat & x larat...

blk ptg,dh mula rs pahit mulut..mcm nk demam gtu
pk nk g klinik ke x,g ke x...last2 my hubby soh pegi jgk
bkn ape,tkut gak musim2 H1N1 nie..mencegah lbh baik dr mengubati kan...
aku ambk langkah berjaga2 laa..
risau gak sbb td cikgu kt sek tny cuti ari tu ade oegi mane2 ke..
yg pasti confirm aku x g australia,canada,mexico dll negara yg terancam tuh
aku cuma g rantau panjang je..
pstu ckgu tu ckp r.panjang bkn ke dkt ngn thailand
ade kes lak kt sane skrg nih...takut aku!!
tu yg blk tu rs x sedap ati...

last2 p laa klinik mediveron kt seksyen 7
kt dpn tu tulis klinik Dr. Arifah dan rakan2
tp yg duty nye mlm ni dokto lelaki laa plak
segan nyee...nsb baik my hubby temankan smpai ke blk rawatan...
duduk2 je Dr dh tahu aku kne selsema
sbb suara pun dh lain,sengau semcm jer...huhu
cter la serba ringkas kt Dr tu psl nyakit aku ni
Dr ckp aku ade resdung,di'scan'nyr lobang idung ku ini..
idung sebelah dh tersumbat...sbb tu kdg2 aku terpakse nafas pkai mulut
dia bg ubat spray...utk surutkan bengkak resdung tu

my hubby tny nk mkn ape..aku ckp xdak selera nk mkn..
tp lapo...last2 decide g mkn mc'd..
dpt ayam goreng selera la plak..heheh
smpai2 umh dh kul10 lbh..
time2 ni aku tggu nk tgk cter desperate housewives...
pastu g tdo....

sekian,cerite si demam selsema ari ni
bkn selsema burung,tp selsema manusia...

p/s:esk aku cuti!!!Dr bg mc 1hari......ye ye!!

Tuesday, May 26, 2009

NO MAN IS PERFECT

Sekadar utk perkongsian...
Coretan nie aku dpt dr sesape ntah yg emel to my inbox...Nway,thx!!bace nih mane tahu ade kaitan ngn sape2 or saje2 wat pedoman..."sharing is caring"

Terimalah kekurangan Suami seadanya

Seorang isteri mengadu begini kepada saya," Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belumberkahwin.. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu. Sekarang diabukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupayakerana memikirkan anak2 dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana . Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal bersamanya bererti saya selamanyalah tidakakan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan sekarang?

Lalu saya bertanya,skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain?Maksud saya mana yang lebih berat? Kalau awak tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahagiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya. Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya sekarang. Lalu saya perjelaskan, kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga?Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat?Kemudian kelima, keenam ? Sampai bila?Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakandengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelakiyang bergelar `SUAMI'.

Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapatbahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jikabersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau meleset bagaimana? Kalau kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaanyang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?

Setelah anda diijabkabulkan, satu perjanjian telah dibentuk.. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaanyang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai suami. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya. JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia. JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan.INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia.. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.

Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantau imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanisme nya telah dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal dan menikmatinya sahaja.

Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan.. . Apatah lagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu,kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata

"NO MAN IS PERFECT".

Monday, May 25, 2009

DUIT.......nk buat ape??

setelah sekian lame x meng'update' blog,tetiba ari nih aku jd terajin plak nk mencoret sepatah dua kata...xde coretan yg best2 pun,sbb tu dh lame aku x update...campur tolak darab bahagi ngn MALAS plak...cm biasa laa...hahahhaaa...mlm nih sebuk ckit kemas dapur...tghari tadih b4 g skul aku sggah bli kabinet dapur menggantikan rak lame yg dh hampir nk roboh tu..hehe.so mlm depa anta laa kt umh.janji kul 7,alih2 awal lg smpai nsb baik my hubby dh smpai umh time tue.. klu x melongo laa hang pakcik2 drebar..

sesampainya aku kt umh aku tgk hubby ku yg rajin tuh tgh susun rak2 tu..hehe.pening pala xtau nk ltk tang mane alih2 ajak le hubby p psr mlm kt hentian kajang...kire mlm nih aku cuti masak laa sbb ade kabinet dapur baru..haha xtau laa ade kne mngena ke x alasan tuh.smpai kt psr mlm aku terpegun seketika krn klu difikir2kn inilah psr mlm pertama yg aku pegi sejak pindah ke KL nih.nk wat camane my hubby x suke bersesak2 kt psr mlm katenye.aku lak mmg suke tmpt rmai org sbb leh lihat pelbagai telatah manusia n pd aku tmpt yg rmai org tu of course laa tmpt yg menarik sbb tu ia menjadi tumpuan...btul x?btul x???hehehe...

kt psr mlm rs cm dlm bln pose plak...aku rambang mata dh xtau nk bli ape.time ni laa rs kenyang le,sebu laa...huhu.lps membeli,k'org blk n smpt smyg magrib kus2 kt umh...then k'org truskan aktvt mlm kami dgn menontoh tv..mlm nih cter bio-nik so aku n hubby lepak dpn tv jer.
kul10 aku stat operasi kemas mengemas dapo...mop lantai,sapu sampah dsb...letih wooo...

11.30pm-aku stop laa nk bukak labtop jap.cdg nk byr bil kredit card ayah yg aku pow..hehe. tringat plak ari ni ari gaji..so bukak laa maybank2u online..surprise!!!credit balance ade RM7k+++...uwaaaa!bestnyer...serta merta terasa diri ku begitu kaya...seketika jer..pastu dh insaf blk.hehhe.means, tunggakan elaun perumahan RM250 monthly selama 18bulan dh masyukk laa...yes..yes..tq my kerani. u did a good job!

besok,aku akan selesaikn urusan kewangan nih...klu ade dlm acc yg sng nk cucuk ni jwbnye kjap je dh lesap...sbb aku nih kan suke berbelanja...hehehe.aku nk buat saving cket demi merancang ms dpn..nk wat g melancong ker,g umrah ker..hehehe.puas ati bekerja sbb kta dpt ganjarannya.. jgn dipersoalkan adakah ganjaran itu setimpal sbb yg penting kta kne slalu ikhlas dlm bekerja..br laa hati gembira dan sentiasa bersemangat...yg penting kna slalu rs hepiii...........

Monday, May 18, 2009

SELAMAT HARI CIKGU!!

SELAMAT HARI GURU!!!

Sorry,post nih terlambat hampir 3hari...
walau apepun,setiap hari adalah hari guru..kcuali hari sabtu & ahad.
sbb stiap ari guru berada di sekolah
dikelilingi pelajar2nya yg pelbagai ragam
menghayun langkah menuju ke kelas
mendidik anak bangsa...

malangnya guru dewasa kini
jawatannya sering dipandang lekeh
terlalu byk wujud campur tangan di sekolah
sehinggakan guru bkn lg merupakan seorang pendidik
kerana mereka x berhak menghukum pelajar yg bersalah
lantaran terikat dgn undang2 dan peraturan
lantas menghalang mereka melaksanakan tanggung jawab mendidik
melahirkan anak bangsa indah akhlaknya...

GURU oh GURU...
TERIMA KASIH CIKGU
(Istimewa buat para guru Taski Abim At-Tarbiyyah, SK Sultan Ibrahim 1,Pasir Mas & SMK Dato' Ahmad Maher,Kota Bharu)

Thursday, May 14, 2009

suami ku paksa........

waaa....kontroversi glerr tittle..hak3.

btul laa...suami ku telah memaksa...memaksa aku menulis blog setiap ari..hmm,ade ke patut??
x patut..x patut..aku nih bkn rajin cm dier...bleh tulih cter pjg2...aku malas nk taip byk2...huhu kcuali klo aku btul2 ade mood iaitu bole dikatakan skali dlm sebln kot..haha.blogspot nih pun aku wat ngn bantuan dier...thx my dear.tp syg x bole nk update ari2...sbb...sbb...M.A.L.A.S..........

ye laa...nk masak lg,basuh bj,iron bj,lipat bj,kemas umh, g skola,tanda buku bla bla bla...(cee..sbenarnye alasan jer tuh)

nih pun tulis blog smbil tgk ulangan cter desperate housewives...so,x brape concentrate lah..idea merapu.hhaaha

Abg,
This post is just 4u..

W'slm...(klo ade idea post nih bakal bersambung ek..)
Ayah dah pencen.tp kerja2 nya x pernah pencen...maryam ckp nk wat blog utk ayah,tp xtau le bdk tu dh realisasikan ke blum...haizz,asik tulis blog sndiri jer..tlg la contribute utk ayah tue....
nih ade bbrp pics ms ayah pencen...byk lg tp den x larat nk upload byk2...ngantuk daa...hehe
This is my great dad...

PROFILE:


Name : Hj. Md. Kamal b Hamzah


D.O.B : 22 January 1952


Retired on : 22 January 2008 (last school @ SMK Sultan Ibrahim 2, P.Mas)


Teaching Experiences :


1) 1st posting @ SM Kg. Awah, Temerloh, Pahang


2) SM Tg. Panglima Raja, Lemal, P. Mas- Guru Kanan Teknik & Vokasional


3) SMK Chetok, P. Mas- PK HEM


4) SMK Sultan Ibrahim 2, P.Mas - PK Pentadbiran


Wife : Pn. Hjh. Asiah bt Harun


Children : 5 (2 boys & 3 girls & a grandfather to a young handsome guy, Iqbal)

Tu le serba sedikit latar belakang ttg ayah...saje je wat post nih sbb jmpa gmbr2 ayah time pencen, a year ago.nnt aku carik lg n syer kt cni.....

Monday, May 11, 2009

FEBRUARY.....

* Berfikiran abstrak. * Sukakan benda yang realiti dan abstrak. * Bijak dan pintar * Berpewatakan yang mudah berubah. * Mudah menawan orang lain. * Agak pendiam. * Pemalu dan rendah diri. * Jujur dan setia pada segalanya. * Keras hati untuk mencapai matlamat. * Tidak suka dikongkong. * Mudah memberontak apabila dikongkong. * Suka kegiatan yang lasak. * Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. * Mudah mempamerkan marahnya. * Tidak suka benda yang remeh-temeh. * Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. * Sangat berani dan suka memberontak. * Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. * Pemerhatian yang tajam. * Suka hiburan dan sukan. * Suka benda yang bersifat seni. * Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. * Berkecenderungan pada benda yang tahyul. * Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. * Belajar untuk mempamerkan emosi