Wednesday, July 28, 2010

He leave me again...

Td jam 7.30 pg, saya menghantar dia seperti biasa ke pejabat.tp hari ini agak luar biasa krn ptg ini dia tdk pulang ke rumah,sekali lg ber'outstesen'.kali ini stesennya ialah Pulau Langkawi.huhu...what a great station he go and leave me here again...alone.

Tiba-tiba rumah yg pg2 mmg sunyi itu saya rs lbh sunyi...masa ni,dtglaa ape pun sume x pakai.usahkan buat benda lain,nk tdo pun mata saya sudah tdk lena walau kebiasaannya pg2 kerja saya mmg krooh krooh aje smpai kul9.skrg br kul8,mata saya ttp x mengantuk. bg org biase normal la sbb ms ni org sdg bergegas ke tmpt kerja atau ke sekolah,tp pg2 kerja saya mmg rilex..haha seronok sbenarnye mengajar ptg ni sbb pg2 sy bleh spend ms utk buat apa shj...tp di kala begini keseronokan itu bagai hlg seketika.sungguh sy rasa sunyi..

Lantas,saya bersiap utk keluar.ke mana? hmm...setelah difikir masak2,saya tekadkan hati kali ini jd lah saya ke upm.setelah bbrp kali tertangguh utk entah brp lama, tp dek krn kesunyian ini saya kuatkn semangat.langkah syaa longlai...semangat ttp tdk dtg tp saya paksa diri utk 'perkara ini'.

mlm ni,saya bercadang ke psr mlm blkg rumah shj..tiada aktiviti menarik melainkan menghadap benda alah ini shj lah.esk suda jumaat...sabtu menjelma mcm2 perkara dan perancangan yg bermain di benak saya skrg...sama-sama nnt kan..hehe

Saya menulis lg..di saat saya ditinggalkan saya rs seronok dpt berkongsi cerita. sekurang-kurangnya saya berinteraksi di sini...bukanlah rs keseorangan sgt..

And again, he leave me alone.......

Wednesday, July 21, 2010

Ketika Allah Memilihmu Untukku..

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..

Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..

Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka di mataku kau adalah yang terindah,
Kata-katamu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kukuh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang roh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Redhalah padaku,
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..

Monday, July 19, 2010

mlm 'pertama'

mlm menghampiri jam 11.tp mata saya masih segar,tangan masih lincah menari-nari di keyboard labtop ini.mlm 'pertama' berseorangan begini hampir berlalu. saya hampir berjaya melaluinya krn saya merasakan masa begitu pantas berjalan pd mlm ini. sedari jam 8 mlm sesudah solat maghrib,saya hanya menghadap benda alah ini shj.mcm2 aktiviti yg saya lakukan,w'pun berseorangan,w'pun bersendirian. benarlah internet pengubat segala kesunyian,penghibur jiwa nan lara...tp bkn pengganti insan yg jauh di mata.. huhuhu...

seawal mlm,saya chat dgn adik ipar,ala...si pura safura tu.dia mmg glamer di alam maya ini krn dia lah yg slalu online...nsb baik dia sanggup melayan kakak iparnya yg 'senget' ini...krn dia pun sbnrnye 'senget'. hehehe...adik saya,si maryam jamilah br blk sekolah dan ada hal2 tertentu yg perlu dilangsaikan sblm mencuri2 peluang utk online...xpe dik,kakak paham...ni pun br lps bergayut hampir setengah jam dgnnya. mendengar celotehnya yg pot pet pot pet itu sedikit sebanyak menghilangkan kesunyian di hati saya.

dlm masa berchatting,saya berSMS dgn kakak ipar,alaa kak lolilawati tu ( bak kata ank sulungnya iqbal yg berumur 3thn itu..hihi).dia mengajak saya ke rumah klo sunyi duduk sorg2,tp saya tolak baik pelawaan ikhlas dia itu.maybe not for this night... klo x selesa bersendirian,saya pergilah. lgpun mlm ini shj suami menelefon 2-3x.. saja sekadar bersembang2 kosong bertanya khabar berita...rindu lah pulak! hmm lumrah manusia yg ada di dpn mata x brp dihargai,asik cr psl je sbb cr poin nk gaduh...hehe tp bla jauh di mata tringat laa pulok!

mlm ini,saya hanya berkurung shj dlm bilik.kul9 lbh br saya trn,itupun dek krn perut sudah mula berbunyi mintak diisi.lantas,saya trn ke bwh perabih laksa siang td.dh kenyang,saya siap2 naik ke blk pula berbekalkan segelas ice white coffee...nmpknye 2-3mlm ni dunia saya hanyalah bilik.erkk,tp mlm ni je kot..sbb esk hari selasa,byk cter best kt tv.rabu pun same...esk saya kembali ke rutin biasa...

sekian catitan mlm 'pertama' ku...hehe

Perwiraku...

Perwira...
Dikaulah harapan hati
Penghibur kala sunyi
Pergilah berbakti
Membela pertiwi

Perwira...
Janganlah kekanda bimbang
Untuk pergi berjuang
Andainya kau gugur
Jasamu dikenang

Dengarlah lagu kucipta
Gubahan mesra nan manja
Sebagai ganti diri
Bersama kau berbakti
Untuk ibu pertiwi

Kekanda di medan perang
Adinda di medan seni
Sama-sama berjuang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati

Majulah kekanda maju jangan undur
Dinda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu
Perwiraku

Sunday, July 18, 2010

He leave me alone

Br sejam yg lps saya ditinggalkan lagi utk kesekian kali.kali ni dia outstesen ke Pasir Mas pulak...what??? Pasir Mas?? That is my lovely hometown...huhu knp dia pergi tinggalkan daku keseorangan...huhu huwaaa....!!

Dok pk2 boringnye dok umh sorg2...nnt nk ckp ngn sape, nk mkn ngn sape, nk gaduh ngn sape...huhuhu. dok pk2 jgk perlu ke g tumpang umh sape2 sminggu ni. Ade bbrp pilihan yg bermain di kepala sepanjang ketiadaan dia. dia mencadangkan saya tdo di rumah abg.. tp mslhnya ialah saya akan jauh utk berulang alik ke sekolah. Bangi - Cheras lbh dkt dr Seri Kembangan - Cheras.tp itu bukanlah masalah utama krn saya bersekolah ptg.masih byk masa dan petrol yg blh saya bazirkan di atas jln. cuma mlm mungkin saya akan sampai di rumah lbh lmbt dr biasa..dan pg keluar awal dr sediakala.sebenarnya,lbh selesa kta berada di rumah sndiri...krn di rumah inilah mcm2 perkara yg blh dilakukan. sesuka hati,sesedap rasa..nk tdo jam brp,nk bgn kul brp...semuanya ikut suke sndiri.

at last,saya decide...tgk keadaanlah. tgk mcmane dulu mlm ni...klu saya rasa ok dan x sunyi,saya proceed mcm ni..tp klo rs boring thp gaban saya bungkus laa kain baju. hehe...nsb baik rumah berada btul2 di hadapan surau dan playground...blk2 sek je nmpk bdk2 berkejar-kejaran di hdpn rumah, nmpk golongan pakcik makcik menuntun ke surau...dan mlmnye plak dr rumah sentiasa kedengaran suara imam di surau, mengalunkan azan..wirid..doa..ceramah dan segala aktvt dlm surau itulah dpt diakses dr rumah saya.so,kesimpulannya di sini xdelaa sunyi sgt......kot!!huhuhu...

saya hrp segala2nya berjalan lancar...saya hrp saya selamat bersendirian begini.yg lbh saya rungsingkn ialah keselamatan dia..smg Allah memelihara kedua-dua kami. InsyaAllah...

Thursday, July 15, 2010

cerita ketawa...

Bahana mengejar kemantapan bahasa Inggeris di 'Tanah Melayu' dengan harapan untuk maju; mungkin sahaja memalapkan peluang generasi baharu menjadi sebuah bangsa dan umat yang besar dan matang.

Ditokok dengan kemahiran berbahasa yang memang terpinggir ialah budaya hedonisme, ketidakpedulian, mengadap televisyen 24 jam dengan pengaruh rancangan tidak bermutu, permainan video; dan segala macam ragam sosial (termasuklah ibu-bapa tiada di rumah, dan pembantu negara seberang yang menghadap Astro Aruna).

Karangan pelajar yang menduduki UPSR ini sungguh mengejutkan. Sebagai pembimbing Minggu Penulis Remaja hampir sedekad, sesungguhnya saya tidak terkejut. Ia mungkin lucu, tetapi ia juga menakutkan kita. Terima kasih kepada adik saya yang bertugas di Jabatan Nazir Sekolah yang menyerahkan salinan karangan ini:

Kemalangan Ngeri Yang Pernah Saya Alami

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Apaan Lu!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

"You better watcha up. Ten times more plus ten times, twentytimes i beat you always."

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara, "Semua butuh minggir". Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Magic sungguh. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

dicopy dari blog faisal tehrani

p/s:credit to Cikgu Izyani...TQVM

Thursday, July 8, 2010

Raya ... Raya ... Raya...

Lebih kurang sebulan dari sekarang, seluruh umat islam akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak..puasa ganti dh abes ke blom??daa ganti daa...ms pose 6 arituh. mak ajar ganti pose cpt2,klo blh bln Syawal lg abeskn pose ganti...

Lepas berpuasa, kita juga akan menyambut Hari Raya Aidilfitri...thn ni kami bersepakat utk menyambut hari raya pertama-ketiga di kampung ku di Pasir Mas. thn lps turn blk Perak,so thn ni turn Kelate pulok. perasaan nk sambut raya thn ni biase2 aje...maybe sbb xde perubahan dlm hidup kot...but i'm still happy. bukankah bersyukur itu sebahagian drpd kegembiraan...jd utk sentiasa rs gembira aku akan sentiasa mensyukuri nikmatNya.

Masa blk Perak hari tu,kami sempat singgah bli kain di Taiping. tadaaa!! ni laa bj raya ku dan adik2...kot. (klo smpai raya x bli kain lg la..hehe)


kain tu trio 3 beradik...yg kt bwh ni plak sbli atas dasar berkenan...emm hari tu borong 6 psg kain sehingga suami ku membebel muncong2...mcm nk tdo selimut ngn kain je dia ckp...haha tp suami ku baik,dia membebel kejap je pastu dia relakan i juge u. hahahaa....nie laa kain2 yg dibeli tanpa niat.



Emm,mcm2 ragam la klo cerite psl persiapan raya nih...tu x cerite yg psl shopping kt sogo, jln TAR, bla bla bla lg...yg pasti thn ni kali ke-2 saya beraya sbg seorang isteri...Semoga thn2 mendatang memberi kami nikmat yg lebih bermakna......