Wednesday, July 7, 2010

Cinta Pertama [Siri 1]

Ini kisah ttg cinta pertama ku...cinta ini berpaut di usia 19 tahun, yg saya rasa usia pada masa itu masih mentah lg. Tiba-tiba disapa cinta, saya teruja...Semasa di alam persekolahan, saya mengelak terjatuh hati. Kononnya saya ada prinsip hidup tersendiri di mana, saya hanya akan bercinta selepas masuk universiti shj. Masa tu byk tgk drama kot, so jd terikut-ikut. haha...tp ada bagusnya saya berprinsip begitu,sbb sekurang-kurangnya saya tidak alpa dlm pelajaran...sesetengah orang mungkin blh menangani atr cinta & cita-cita,tp saya tdk yakin saya mampu maka saya memilih perkara terpenting pd masa itu...

Justeru, apabila berjaya selangkah menjejak kaki ke universiti, di saat itu cinta menyapa. Saya keliru pd mulanya, lama-kelamaan dapat saya terima inilah lumrah hidup. Biarlah insan istimewa itu kukenali sbg Mr.R shj (hehe...). Saya mengambil masa yg agak lama untuk menerima dan menyesuaikan diri dengan cinta itu...Mungkin krn pd ms itu prinsip hidup td masih menebal dlm diri...

Lama kelamaan, kehadiran dan perhatian si dia memikat hati. Dia kukenali dlm 1 organisasi iaitu MSCC (maaf, sy terlupe MSCC tu hape..huhu). Masa tu si dia ialah Presiden MSCC manakala saya hanyalah Bendahari. Kali pertama dia menyapa saya dgn menyebut nama penuh saya dalam satu mesyuarat...Si dia bukanlah jejaka yg top, yg hot, yg ganteng, atau yg sume2 itu...si dia hanyalah si dia...insan biasa yg teristimewa di hati saya.

Lawatan ke Kuala Lumpur mengeratkan lg hubungan kami. Pelbagai peristiwa manis dan lucu berlaku sepanjang tempoh tersebut. Kami ke sana menaiki bas kolej dan menginap di asrama KYPM cawangan Bangi. Dlm perjalanan, bas rosak pulak di Gua Musang... Semua itu memberi peluang utk saya dan si dia lbh mengenali atr satu sama lain. Semua peristiwa itu merapatkan lg hubungan kami dgn bantuan kawan2 yg memahami. hehe...(sygnya semua gmbr yg ada tidak tersedia dlm softcopy, hnya ada hardcopy shj yg disimpan sbg kenangan dlm photo album,ada masa tggu saya scan dulu kemudian br upload eh...)

Sepanjang 2 semester pengajian, kami sama-sama berusaha utk lulus peperiksaan dan mengikuti pengajian dlm bidang yg diminati. Pada masa itu, saya & si dia merancang utk menyambung pengajian di universiti yg sama. Kehendak Tuhan, siapa tahu...kami terpisah apb saya ke UPSI dan dia ke UM.

Ikuti sambungan kisah cinta kami...apa yg terjadi seterusnya apb kami terpisah haluan melanjutkan pelajaran di menara gading. Adakah saya dan si dia masing-masing setia, atau ada org ketiga atr kami? Apa keistimewaan si dia yg menyebabkan hati saya terpaut erat padanya...Semua rahsia bakal dirungkaikan dlm episod akan dtg. (cewahh,mcm cter misteri plak...hahaha)

Sekian kisah cinta pertama ku....siri 1.

4 comments:

  1. bajet macam Lisdawati dan Fauzi ke nak buat cerita ala buih2 cinta?

    haha

    Mr. R .. ? hemmmmm....

    ReplyDelete
  2. eeeeiiii...pliss,geli i ngn fauzi nawawi tuh... lisdawati pun x sukerr...tlg laa bg cth2 feverit cket....

    ReplyDelete
  3. xkan i nak bgu Dato' K n Ct? or u nak Erra n Emran? uhhuh!

    ReplyDelete
  4. xpyh laa banding2 ngn artis tu...sume x best.
    i adalah i...oke???

    ReplyDelete