Tuesday, May 31, 2011

Terasa dia sudah besar.

Semalam, bersamaan hari Isnin-30 Mei 2011 kami sekeluarga ke Universiti Islam Antarabangsa, kampus PJ. Tujuan utama adalah menghantar adik bongsu saya ke kampus matrikulasi.

Terasa dia sudah besar.

Rasanya br semalam saya bermain-main dgn dia pagi2 di tangga sblm ke sekolah. Rasanya br semalam saya memakaikan baju dan bedak utk dia. Berskirt pendek bergaya di atas tangga. Terasa baru semalam.

Teringat-ingat adik kecil ku itu di sekolah rendah. Aktif berpidato, bercerita ke sana sini. Apb masuk ke sekolah Maahad, sempat seminggu shj tinggal di asrama gara2 homesick. Entah mengapa homesick dia dilayan oleh ayah, padehal saya dulu pun homesick x igt dunia :D Kesudahannya, setelah memberikan 10 sebab utk keluar asrama spt yg diminta oleh ayah, permohonan dia berjaya. Tersengeh-sengeh dpt duduk rumah yg mana segala kemudahan dan prasarana disediakan. Jauh dr kehidupan berasrama yg kurang serba-serbi. Kini dlm hati saya bersyukur krn dahulu ayah tidak melayan permintaan saya. Saya membesar menjadi remaja berdikari ;)

Adik bongsu saya itu, tidak manja meski mahu keluar dr asrama. Perlahan-lahan dia membesar dgn bijak dan cerdas. Jua berdikari dan yakin diri. Saya bangga dgn dia setelah dia mendapat straight A dlm PMR. Dia kebanggaan keluarga, meski dia sendiri merasa kekurangan krn sering menjadi perbandingan, tp saya tahu mak & ayah berbangga dgn dia...Percayalah dik. Aku kakak mu. Justeru aku lbh tahu :D

Sampai masanya, di suatu hari...pd hari mak & ayah menghantar anak bongsu mereka ke universiti, mengikut kelaziman keluarga. Dan dia juga tidak ketinggalan, walaupun nyaris tercicir gara2 tidak diberi peluang...bkn krn dia tidak layak.

Tp Alhamdulillah, Allah itu Maha Adil. Dia berikan pelangi setelah melalui hari yg murung dan mendung, dgn hujan berarak turun. Itulah Anugerah namanya. Dia insan terpilih. Bersyukurlah. Smg mak & ayah gembira hendaknya...

Pd hari penuh bersejarah itu, berpermergianlah kami mengiringi dia ke destinasi cita-cita. Smg apa yg dihajati dpt dicapai. Smg segala impian terlaksana.

Selamat Maju Jaya Adikku!

1 comment:

  1. hello! bukan seminggu eh!! TIGA minggu, hokkkayyyyyyyyy! :P

    tengs kakak ;)

    ReplyDelete