Sunday, March 17, 2013

Saya yang menurut perintah

Pindah sekolah??

Sejujurnya,saya sedih berpindah sekolah. Saya dh ada kwn-kwn yg serasi di sekolah tu. Saya dh ada jawatan saya sendiri. Saya dh tahu kekuatan & kelemahan saya di mana kt situ. Pendek kata saya berada di zon yg selesa.

Mmg saya x suka ex-sekolah saya tu. Selalu jer mengomel ngn kwn-kwn pasal pelbagai isu. Ditambah dgn beban kerja yg merepek kadang-kadang saya tension. Pentadbir mcm tu mcm ni. Rasa nk pindah sekolah jer. Rasa nk beralih angin. Rasa nk lepaskan segala-galanya di sini.

Sungguh. Memang ada rasa itu.

Tp x disangka pe'rasa'an itu menjadi realiti. Jumaat yg indah lg berkat, 1 Mac yg lalu saya menerima panggilan telefon dari pengetua mengatakan ada surat dr PPD yg menyatakan arahan pertukaran (Redeployment) saya ke SMK Bdr Seri Putra, Kajang. Terkedu seketika dibuatnya. Terasa di awang2an. Adakah saya bermimpi atau inikah realiti??

Pelbagai persoalan mencanak di minda. Kenapa saya?

Perasaan ingin tahu "kenapa saya" lantas diajukan kpd pengetua serentak dgn itu jua. Tidak boleh tidak. Saya perlukan penjelasan.

Pengetua yg bersifat keibuan itu menjelaskan dgn teliti,bahawa sekolah itu memerlukan guru BI, tp dek krn bilangan guru dgn purata pelajar telah cukup kuota, PPD tidak boleh menghantar guru baru ke sek itu selagi sek belum keluarkan guru lain. Oleh krn sek itu terlebih guru ICT (katanya larr..!!) maka ditakdirkan saya dan seorang lg guru sesi pagi harus dipindahkan. Saya! Ya saya..

Pengetua menasihati saya penuh hemah. Katanya,mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Jgn bersedih. Semua cikgu2nya baik dan bagus2 belaka dia ckp. Bkn saya ckp. Dia yg ckp. Hehe..

Di saat dtgnya hari yg penuh kejutan itu, hati saya berkecamuk. Maka saya kembali kpd Allah. Dia telah merancang sebaik-baik perancangan utk saya atas semua ini sehingga x terjangkau dek akal fikiran saya. Saya x tahu apa selanjutnya yg Dia rancang utk saya. Justeru itu saya mengambil langkah utk berlapang dada. Semoga Dia terus beri saya kekuatan.

Sungguh. Saya tidak marah...saya redha, syukur dan pasrah.

Redha. Krn kalau saya tidak redha maka bagaimana saya boleh menerima seadanya.
Syukur. Sekurang2nya saya x perlu nk susah2 isi borang tukar. Saya dh bertukar sekolah walaupun saya x jangka secepat ini :D
Pasrah. Apa shj ketentuanNya,hanya Dia yg lbh mengetahui segala yg tersirat.

Apa katamu?

Kata ku...sudah tertulis. Saya lah yg menurut perintah ;)

No comments:

Post a Comment