Saturday, July 25, 2015

Ceritera kancil si kereta kecilku

Teresak-esak dia menangis, mengadu urusan di rumah. Cik DAT kereta kancil kesayangan sudah terjual. Kereta legend milik ayah. Besar jasanya. Berbelas tahun bersama kami. Beribu batu perjalanannya. Dan hari ini tamatlah riwayatnya bersama kami. 

Sentimental value kami sama. Kereta itu juga aku guna sewaktu di UPSI. Dari Pasir Mas ayah & mak hantar kereta tersebut untuk menyenangkan aku ke kuliah. Lama juga lah aku merengek meminta dr mak dan ayah sehingga memperoleh kepercayaan mendapat kereta tu. Aku igt lg perasaan buat pertama kalinya memegang kunci kereta tersebut. Bagaimana gembiranya aku apabila keinginan dipenuhi. Aku janji dgn diri sendiri utk jaga dia baik-baik. 

Merata ku bawa dia. Dari Tg Malim ke Ipoh, kadang-kadang ke Rawang, langsung ke KL. Pernah juga konvoi ke Cameron Highlands, Teluk Intan dan  Lumut bersama geng. Sepanjang tempoh itu perilakunya baik shj. Tak pernah meragam walau sekali. 

Selepas aku tamat pengajian, aku sempat bekerja sementara di KL sambil menunggu posting. Kereta itu jugalah yg ku usung ke sana ke mari. Semasa praktikal dari Tg Malim ke Seremban ku bawa dia. Masihku igt kali pertama dia meragam, di sekolah praktikalku. Itulah pertama kalinya aku berbelanja besar utk dia. 

Kemudian aku dan beberapa org kawan seuniversiti posting di Kulai. Jam 4 pg kami bertolak ke Johor, utk tiba lapor diri pukul 8 di PPD, Kulai. Itulah perjalanan ku ke Johor buat pertama kalinya bersama dia. Biasa ulang alik ke Kelantan saja. Di Johor juga dia baik sekali. Ke sana ke mari ku bawa dia. Tak berpisah walau sesaat. Igt juga lg kenangan di sekolah pertama ku di Kangkar Pulai. Kami bersempit 5 org dlm sebuah kancil. Awal posting masing-masing masih tidak berkereta. Hanya cik kancil yg ada. Itulah jasanya yg tak terhitung. Aku membina masa remajaku bersama dia.

Jauh perjalanannya. Dari Kulai ke KL, dari Kulai ke Pasir Mas. Sudah berapa negeri dia jejak. Walau berenjin kecil tp jasanya yg plg besar. 

Sampai masanya dia pergi, ke tangan yg lbh berhak. Setelah bekerja ku pulangkan kembali kereta itu kpd ayah. Kemudian, adikku yg bongsu menyambung perjalanan dia. Dr Kelantan dia kembali ke KL. Sekarang menjadi peneman si adik. Merata juga diusung pula si kancil.  

Mmg ya, org tertentu saja yg blh bw kereta itu sbb ia berkuasa manual. Sterengnya juga berat tanpa power. Radio rosak. Tempat duduknya juga sudah kusam. Dia sudah tiada apa-apa tp nilai sentimentalnya yg paling tinggi. Walau buruk dia berjasa. Dia berpanas berhujan bersusah senang bersama. 

Aku turut teresak bersama si adik. Mengenangkan kancil yg telah tiada. 

Kini Cik DAT dlm kenangan :( 

2 comments:

  1. Suara yang takkan didengari,
    Rasa yang takkan difahami.

    May it meet someone better, kan? :')

    ReplyDelete