Tuesday, August 23, 2011

kerana saya seorang cikgu

Ramai org ckp kerja cikgu ni bestt..byk cuti, byk rehat, keja half-day bla bla bla lg.

Mmg diakui benar-benar belaka semua itu. Cuti sekolah 4x setahun. Tiap-tiap hari g keja separuh hari je...pegi pg blk tengahari, @ pegi tengahari blk ptg. huhuhu...

Tp org xtahu separuh drpd masa cuti tu utk sekolah...siapkan markah, key-in markah, kelas tambahan, mesyuarat dll. Semuanya demi memastikan keberlangsungan sistem pendidikan negara...dan kerana SAYA YANG MENURUT PERINTAH. huhu...

Cikgu jgk ada mcm2 tugas kt sek...kalo hari sukan kene jaga parking, kene lukis line kt padang, kene angkut kerusi meja, kene uruskan barisan, kene baca pengumuman, jd pengacara dan mcm2 lg. haha sile jgn slh faham, ni bkn satu rungutan cuma explanation shj dr pengalaman cetek seorang guru. Ya, mmg saya masih cetek pengalaman berbanding para guru lain yg berpuluh thn berbakti pd nusa bangsa.

Cth pd diri sendiri..mcm saya kt sekolah saya bknlah siapa-siapa, hanya guru akademik biasa (GAB) bergred 41 shj. tunggu la time base 8-10thn br cikgu-cikgu ni naik pangkat. kalo pegawai kerajaan lain umo 30thn dh bergred 48 tp klo cikgu umo 50thn blum tentu dpt. Tu la jurang plg ketara bg pegawai kerajaan berjawatan guru, dan semua guru terpaksa redha. huhu...

Dan masalah plg utama cikgu-cikgu ni x blh nk ambil cuti sesuka hati, kecuali sakit dan ada hal kecemasan.Tu pun ada 7 hari shj Cuti Rehat Khas (CRK). Ye laa, btul jgk xkan nk bg cuti byk2 lg...dh ada cuti sekolah berbulan-bulan kan...nnt kalo byk sgt cuti nnt ramai yg kompelin plak ;)

Tp mana org tahu bila berlakunya hal-hal yg tidak diingini itu...dlm cuti sekolah ke, hjg mggu ke, tgh mggu ke...xde sapepun yg tahu.Kadang2 tgh emergency, ada perkara tertangguh yg belum diselesaikan. HARUS selesaikan perkara tersebut dahulu demi kemaslahatan bersama...cehhh, kalo x nnt akan menyusahkan semua pihak, gara-gara kita aje. kadang2 tgh emergency masalah keluarga, ada komitmen pulak yg perlu dilunaskan dahulu..macamane tu?? huhu...pening jgk kan sang cikgu nih.

haha..sebenarnya ape yg saya merapu nihh...ekceli i'm alone at home rite now, mungkin emosi x stabil. Saya naaaaakkk sgt bersama mereka di saat begini, tp saya x mampu buat masa ini.

Segala tindak tanduk kita...x semua org akan faham. Kadang-kadang perkara yg betul bg kita x betul utk org lain. Semua org ada hak utk fikir tentang ini, cuma segalanya terpulang pd kerasionalan diri kita.

Salah tindak tanduk mungkin mengundang cerita kurang elok, justeru kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi. Cecehhh...

Salam Aidilfitri dari ku seorang cikgu...genap seminggu lg hari raya ;)

No comments:

Post a Comment