Wednesday, August 24, 2011

Suka dan Duka

Minggu ni minggu terakhir sekolah. Mcm2 kisah dan cerita serta kes kecemasan berlaku dlm minggu ni.

Kes Kecemasan: Mak mertua saya dimasukkan ke wad ICU lg sbb ada masalah pd organ badan iaitu hati. Sebenarnya dh dkt 2 minggu mak Dato' dimasukkan ke wad. Asalnya doktor ckp mak demam denggi, masa tu mak dirawat di Taiping Specialist Centre (TMC). Tp, pg jumaat 2 minggu lps, mak jatuh kt hospital, doktor ckp lg mungkin ada serangan strok. Dari TMC doktor refere mak ke Hospital Taiping. Mak dimasukkan ke wad ICU. Doktor ckp ada jangkitan kuman dlm paru-paru. MasyaAllah...masa tu semua org risau. Semua anak-anak menantu cucu blk kg sbb risaukan keadaan mak. Tp Alhamdulillah, lbh kurang seminggu keadaan mak stabil kembali. Doktor pindahkan ke wad biasa. Keadaan kembali reda, dan anak-anak kembali bekerja. Tp kelegaan kami x lama. Allah uji lg pd bulan yg mulia ini. Sekali lg mak dimasukkan ke ICU. Ya Allah...semoga segalanya baik-baik belaka, dan semoga mak sihat seperti sediakala. InsyaAllah... Amiiiinn...

Cerita raya di sekolah:Minggu terakhir ni, mcm2 tempahan telah diterima. Biskut, kerepek, kek, baju raya, tudung...hehehe. Meriah betul kt sekolah sehari dua ni. Kt sekolah saya, mcm2 brg ada dijual. Dr hjg kaki ke hjg rambut. Ada org jual kain siap dgn tempahan baju+manik, ada org jual tudung, kuih raya, bekas raya, baju raya, brooch...pendek kata kalo x beringat mau hari2 melayang duit walau dgn duduk di kerusi je. hehe...nk wat mcmane...brg2 sampai dpn mata. Sambar je la. Kalo x cukup duit nnt ade org promote credit card plak. hahah, pendek kata, mcm-mcm ado! Meriah betul la diorang nie nk sambut raya. Seronok rasanye.

Kisah clumsy: Semalam blk dr sek, saya singgah di psr mlm seksyen 1. Tmpt feverit nk bli tudung. Bkn cr tudung raya pun sbb tudung raya awal2 lg dh bli..tp dlm x cari tu sempat le sambar sehelai dua. Cessss. On the way nk blk, saya singgah deposit check kt Bank Islam. Pastu saya blk rumah. Sampai je kt rumah, Dato' call kt hp celcom saya. Aikk, pelik...Jarang Dato' call no ni. Kenapa ye? Isy isy musykil. Dlm kemusykilan, saya jwb panggilan Dato'.

Cemas bunyinya...

Hahhh, rupa-rupanya saya tertinggal hp kt Bank Islam td. Yg peliknya boleh saya x sedar ms tu phone saya dh hlg.huhu Dato' ckp budak yg jumpa tu tunggu kt sane. Deras je saya pecut kereta dr rumah ke Seksyen 1. Ms tu dh dkt waktu berbuka dh...mujo semalam x pose.huhu... Sampai kt bank, hati berdebar-debar sbb byk kali call ke hp maxis tu masuk voice mail. huhu...saya pasrah dan tawakal andai xde rezeki saya kali ini.

Bila saya masuk je dlm bank dlm keadaan kalut, ada bbrp org pekerja Safeguards kt dlm tu. Rupa-rupanya, mereka yg jumpa hp saya. Dan kebetulan Dato' call hp tu masa tu. Kalo x, sumpah saya x igt kt mana hp saya hlg.huhu...begitu cuainye saya.........

Xtau nk terima kasih macamana kt budak yg nama Nabil tu sbb jumpa dan simpan hp saya. Sudahnya, saya belanja mereka roti canai. Yg tu je saya nampak dlm keadaan kalut2 sbb kedai mamak tu kt sebelah bank. Bila difikir-fikir smeula, mujurlah hp tu dpt kt tangan org yg jujur, kalo org tu x jujur sah2 hp kesayangan dh kene kebas. X dpt nk bayangkan kalo hp hlg lg....huhuhu.

Ct Muja......sile jgn cuai oke!!

No comments:

Post a Comment